sukan

Pesanan buat Paulo Josue dan Syihan selepas aksi Berdepan Korea

Kejutan dari pemain sayap kiri negara, Faisal Halim apabila berjaya meledakkan gol pembukaan Harimau Malaya ketika perlawanan menentang Republik Korea malam tadi.

Lama menunggu saat itu, separuh masa pertama buat Faisal Halim tampak hambar namun sebaik tamatnya waktu rehat, cara permainan Harimau Malaya berubah sepenuhnya.

Lebih membanggakan, siapa sangka ketangkasan dan kelincahannya mampu meroboh benteng terakhir Korea sekali gus menjadikannya pemain kedua dari pasukan Selangor menjaringkan gol dalam pentas terbesar Asia selepas Indra Putra Mahyuddin pada 2007 yang lalu.

Tidak lama selepas jaringan menakjubkan Faisal, pasukan Harimau Malaya diberikan sepakan penalti menerusi Arif Aiman susulan kekasaran ke atas Darren Lok menjadikan keputusan 2-1, Malaysia mendahului.

Pesanan buat Paulo Josue dan terutama Syihan Hazmi, jangan bersedih, anda bukan punca kita dihukum apabila Korea bangkit merembat kencang ke gawang gol menerusi sepakan percuma hasil kekasaran yang dilakukan Paulo.

Korea menambah kekecewaan Harimau Malaya dengan jaringan penalti menerusi pemain bertaraf dunia, Son Heung-min pada minit tambahan menjadikan keputusan ketika itu 3-2.

Disangkakan kita tidak akan membawa pulang sebarang mata, tetapi jaringan masa kecederaan menerusi super-sub, Romel Morales yang dibawa masuk ketika perlawanan berbaki tiga minit terakhir.

sumber:- SA

Tiada apa untuk dikritik dan dihentam, Harimau Malaya telah mengotakan janjinya dengan memberikan sepenuh tenaga, kudrat dan semangat yang berbaki dalam kempen Piala Asia ini.