Vietnam terpaksa berkemas pulang daripada Piala Asia 2023 di sebalik memberi tentangan hebat kepada Iraq dalam pertemuan di Stadium Jassim Bin Hamad, sebentar tadi.
Pengadil dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin, tiada ragu-ragu selepas memeriksa video bantuan pengadil (VAR) untuk melayangkan kad merah dalam masa kecederaan babak pertama ke atas Khuat Van Khang yang melakukan aksi berbahaya dalam perebutan bola di udara ketika permainan terikat 1-1.
Walaupun bermain dengan 10 orang, Nguyen Quang Hai memadam gol Aymen Hussein untuk mengimbangi kedudukan 2-2 dalam masa kecederaan.
Tetapi tempoh 12 minit masa kecederaan yang berlarutan itu digunakan sebaik mungkin oleh juara 2007 tersebut apabila Aymen sekali lagi menjadi wira gol kemenangan 3-2 pasukannya, sekali gus menjuarai Kumpulan D diikuti Jepun dan Indonesia — yang masih memiliki peluang untuk lolos — manakala Vietnam tercorot.
sumber:- SA
Ia merupakan kad kedua Vietnam selepas kehilangan Le Pham Thanh Long ketika bertemu Indonesia.