Ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools, menyanjungi semangat juang rakan sepasukannya di sebalik menyedari lawan yang dihadapi bukanlah calang-calang pasukan.
Bagaimanapun, skuad negara membuktikan sesuatu dalam pertemuan di Stadium Al-Janoub sebentar tadi dengan mengikat Republik Korea 3-3.
Justeru, Dions memberi tabik kepada rakan-rakannya yang tidak mudah lemah semangat selepas berdepan kritikan hebat berikutan prestasi longlai dalam kempen awal Piala Asia di Qatar.
“Mendahului 2-1. Kami bangkit dan ketinggalan pula 2-3 bukan mudah. Kami jadikan 3-3 dan ia menarik buat bola sepak Malaysia.
“Kami tunjukkan karakter walaupun Korea begitu dominasi, akhirnya hanya gol dikira dengan keputusan 3-3.
“Kami dapat kutip satu mata itu yang penting jadi kami gembira,” katanya selepas perlawanan.Kekuatan mental dan memiliki kepercayaan kepada kemampuan pasukan juga elemen penting memandangkan keupayaan untuk menghasilkan gol dalam situasi getir sebegitu juga agak terhad.
“Bola sepak dimainkan sampai wisel penamat dan memang suatu ketika kepercayaan kami sudah terjejas, tapi kami masih ada masa untuk jaringkan gol dan itulah yang kami lakukan.
sumber:- SA
“Saya sangat bangga dengan rakan sepasukan dan kami pamerkan karakter positif yang tinggi.”Peminat juga memberikan sokongan menakjubkan dan saya harap kami tidak perlu tunggu 40 tahun lagi untuk kembali,” katanya.