sukan

Syria lakar sejarah pusingan kalah mati walaupun di tangga ketiga kumpulan

Syria layak ke pusingan kalah mati Piala Asia buat julung kali dalam sejarah mereka malam ini selepas menang 1-0 ke atas India, menghantar lawan mereka pulang awal.

Pasukan kendalian Hector Cuper menamatkan saingan Kumpulan B dengan empat mata dan layak ke pusingan 16 terakhir sebagai salah satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik.

Omar Khribin muncul wira Syria apabila golnya pada minit ke-76 ternyata menjadi gol kemenangan.

India kendalian Igor Stimac pulang dari Qatar dengan tiga kekalahan dan tidak menjaringkan sebarang gol.”Kami amat gembira dengan kemaraan ini, amat bangga dengan pemain saya, mereka melakukan pengorbanan besar untuk meraih keputusan ini,” kata Cuper, jurulatih dari Argentina.

sumber:- BH

“Kami turun beraksi perlawanan ini dengan hanya satu perkara dalam fikiran kami – untuk menang dan kami berjaya melakukannya.”Kami tidak mahu berhenti di sini.” – AFP