sukan

Skuad Hoki wanita ‘mengamuk’ bedal Oman

SKUAD hoki lima sebelah (5s) wanita negara memperagakan aksi meyakinkan apabila mengatasi Oman 10-0 apabila membuka gelanggang Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) di Muscat, Oman pada Rabu.

Dalam perlawanan itu gol pasukan negara dijaringkan Zati Alyani Muhamad Zubir (m-10, m-11, m-22, m-25), Nur Zafirah Aziz (m-11, m-13, m-27), Qhairunisya Mohd Zanili (m-16, m-30), Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m-22).

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Oman, pengendali skuad hoki 5s negara, Nabil Fiqri Mohd Noor gembira apabila misi meraih tiga mata berjaya direalisasikan pemain-pemainnya.

“Alhamdulillah, objektif untuk perlawanan pertama berjaya diterjemahkan dengan sempurna pemain-pemain dalam perlawanan ini.

“Biarpun begitu terdapat beberapa elemen yang masih boleh diperbaiki pasukan untuk perlawanan selepas ini,” katanya pada Rabu.Mengenai lapan daripada 10 gol yang dijelmakan menerusi jaringan padang, Nabil Fiqri berkata, “Gol padang yang dihasilkan penyerang dalam perlawanan ini secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada mereka bagi perlawanan seterusnya.

sumber:- SH

“Namun begitu ketajaman penyudah masih perlu diperbaiki lagi.”Sebagai rekod, anak buah Nabil Fiqri juga diundi bersama Belanda dan Fiji selain Oman dalam Kumpulan A.