sukan

Komen padu Dion Cools aksi berdepan Korea Selatan

Tonggak pertahanan negara, Dion Cools yang pernah beraksi di Eropah akui kerjasama berpasukan adalah kunci bagi menjayakan misi merantai pergerakan rankaian penyerang Korea Selatan khususnya, Son Heung-min.

Malaysia dan Korea Selatan bakal berentap esok pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, di sini.

Cools berkata demikian berdasarkan pengalaman apabila berdepan pemain-pemain ternama di Eropah ketika mewakili Club Brugge dan FC Midtjylland dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) mahupun Liga Europa.

“Kita tahu kekuatan dan kualiti pemain mereka tetapi sukan ini babitkan 11 lawan 11 di atas padang.
“Bola sepak berkaitan kerjasama, dan jika kita mampu berikan sebaiknya dan bekerjasama, tidak mustahil kita mampu bertahan dan mengekang mereka,” katanya yang sudah merekodkan 18 penampilan bersama Harimau Malaya.

Cools, 27, antara bintang Malaysia yang pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah seperti UCL dan Liga Europa.

Pengalamannya di saingan itu cukup berharga apabila pernah menyekat gerakan pemain tersohor antarabangsa antaranya bekas bintang Manchester United, Wayne Roney; bekas bintang tengah Real Madrid, Casemiro; ayam tambatan Liverpool, Mohamed Salah dan ramai lagi.

sumber:- HM

Lantas pengalaman sama dituntut daripadanya dalam menghalang Heung-min bergerak bebas di kubu negara.