sukan

10 pemain tidak sertai latihan di padang

SKUAD Harimau Malaya buat pertama kali turun menjalani latihan di bawah terik matahari tepat jam 12.30 tengahari waktu Qatar hari ini.

Perubahan itu bagi membiasakan pasukan dengan cuaca bagi menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan yang dijadual berlangsung jam 2 petang.

Sebelum ini, skuad kendalian Kim Pan-gon menjalani latihan di sebelah petang dan malam sejak tiba di sini pada 1 Januari lalu.

Begitupun tinjauan Arena Metro mendapati 10 pemain yang beraksi ketika tewas kepada Bahrain tidak menyertai sesi latihan di padang Universiti Qatar, hari ini.

Sebaliknya pemain berkenaan difahamkan menjalani latihan pemulihan yang berasingan daripada 16 tonggak lain di atas padang.

Sepuluh pemain itu adalah Natxo Insa, Stuart Wilkin, Dominic Tan, Matthew Davies, Corbin Ong, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Dion Cools, Shahrul Saad dan Paulo Josue.

sumber:- HM

Malaysia yang sudah tersingkir daripada persaingan akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan dengan Korea Selatan, Khamis ini.