sukan

Luahan Natxo Insa

Kegagalan skuad Harimau Malaya meneruskan kempen ke pusingan kedua Piala Asia amat mengecewakan tonggak warisan negara, Natxo Insa.

Jelas pemain tengah paling berusia itu, kekalahan 0-1 di tangan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad malam tadi menyebabkan impian untuk melepasi peringkat Kumpulan E musnah selepas kekalahan kedua berturut-turut itu.

Perasaan kecewa itu lebih teruk apabila jaringan kemenangan Bahrain itu diraih pada minit ke-95 yang hanya tinggal beberapa saat sebelum ia berakhir.

“Perasaan itu benar-benar teruk dan saya fikir kami telah berjuang sehingga ke minit terakhir dan cuba mengambil kesempatan.

“Kami mungkin mempunyai tiga, empat kali peluang untuk untuk jaringkan gol. Tetapi ini adalah bola sepak, kita bolos pada saat akhir permainan,” katanya yang berdarah Malaysia-Sepanyol.

Ujar Natxo lagi, dia tidak mahu rakan sepasukan terus bersedih sebaliknya menyeru agar bangkit memberi tumpuan terhadap aksi terakhir bertemu Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis ini.

“Sekarang, inilah masa untuk melakukan pemulihan, menenangkan minda. Kami mempunyai satu lagi perlawanan penting dan kami mesti menghadapi dengan profesional.

“Kami tahu perkara ini berlaku dalam bola sepak. Ia akan berlaku sekarang, pada masa hadapan, akan berlaku lagi.

sumber:- HM

“Kami adalah manusia, kami tahu kami mewakili negara dan kami mahu fokus ke hadapan dan bersedia menentang Korea Selatan,” kata pemain Johor Darul Ta’zim itu.