sukan

Piala Asia: Pengendali Iran berang

Pengendali Iran, Amir Ghalenoei berang apabila anak buahnya mensia-siakan deretan peluang terhidang ketika menewaskan Hong Kong 1-0 dalam saingan Piala Asia.

Kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan C itu melayakkan Iran mara ke pusingan 16 terakhir.Di atas kertas, Iran yang menghuni ranking ke-21 dunia tidak berdepan masalah berdepan Hong Kong yang berada di ranking ke-150.

Malah anak buah Ghalenoei turut diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan di Qatar untuk kejuaraan keempat mereka, namun sekadar mampu meledak satu gol menerusi

Mehdi Ghayedi pada minit ke-24.

Hong Kong yang baru pertama kali layak ke pentas Piala Asia selepas 55 tahun, sebaliknya tampil lebih garang apabila mencipta peluang awal menerusi penyerang kelahiran Brazil, Everton Camargo, namun terkena palang.

Beberapa peluang lagi dicipta Hong Kong dalam aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa, namun tidak berjaya menembusi gawang Iran.

Philip Chan yang menjaringkan gol ketika Hong Kong tewas 3-1 di tangan Emiriah Arab Bersatu, mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk meletakkan pasukannya di depan.

Selepas melihat anak buahnya gagal mengancam gawang Iran, pengendali Hong Kong, Jorn Andersen menukar tiga pemain barisan hadapannya – memasukkan Stefan Pereira, Michael Udebuluzor dan Wong Wai di babak kedua.

Iran berpeluang menambah jaringan di babak kedua menerusi Ramin Rezaeian dan Karim Ansarifard, tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Rezaeian mendakwa dia sekurang-kurangnya mampu menjaringkan tiga gol dalam perlawanan itu.

Walaupun mengalami kekalahan kedua berturut-turut, Andersen berpuas hati anak buahnya mampu menyaingi salah satu gergasi bola sepak Asia.

“Kami bermain dua perlawanan di mana kami tidak melihat perbezaan antara kedua-dua pasukan.

“Kami menekan mereka, menyerang mereka dan pasukan seperti Iran tidak tahu bagaimana untuk bermain bola sepak berdepan kami,” kata Andersen.

sumber:- BH

Seterusnya Hong Kong akan bertemu Palestin yang menduduki ranking ke-99 pada Selasa, manakala Iran berdepan UAE. – AFP

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago