sukan

Piala Asia: Rekod berdepan Bahrain merisaukan

Kurang memberi impak pada perlawanan pertama, Faisal Halim mahu menebusnya pada aksi kedua Kumpulan E menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, esok.

Di atas kertas dan berdasarkan persembahan skuad Harimau Malaya pada perlawanan pertama, sememangnya kelebihan lebih memihak kepada Bahrain, namun tiada yang mustahil dalam bola sepak.

Begitupun, bagi memastikan perkara mustahil tersebut mampu dicapai, ia harus disertakan dengan usaha dan persembahan terbaik oleh semua pemain tegas pemain sayap lincah itu yang turut dikenali sebagai mickey.

Kami masih ada lagi dua perlawanan dan peluang untuk kita ramai orang cakap sukar.

“Tapi dalam bola sepak kena usaha dulu dan buat terbaik, sekurang-kurangnya kami dapat membanggakan rakyat Malaysia,” katanya yang telah menjaringkan 14 gol buat skuad negara di pentas antarabangsa.

Tiada pilihan selain kemenangan buat kedua-dua pasukan itu seandainya mahu layak ke peringkat 16 terbaik.Malaysia yang berada di kedudukan 130 dunia tidak pernah menang ke atas Bahrain sejak 10 pertemuan lalu dengan kali terakhir menewaskan lawan itu pada 1978.

Selepas itu, skuad Harimau Malaya hanya mampu seri tiga kali dan kalah tujuh kali dengan pertembungan terakhir pada 2022 apabila skuad kendalian Kim Pan Gon tewas 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Kelayakan Piala Asia 2023.