sukan

Terima kasih Sri Pahang

Nur Shamie Iszuan Amin mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut menjelang musim baharu.

Menerusi laman sosial Instagram, “Terima kasih pihak management Sri Pahang fc kerana memberi ruang kepada saya untuk menamatkan kontrak saya yang berbaki 1 tahu lagi di atas persetujuan bersama.

“Terima kasih juga kepada staf kejurulatihan, rakan-rakan seperjuangan dan penyokong Sri Pahang FC kerana memberikan layanan yang baik terhadap saya selama saya di sini.

sumber:- SA

“Good luck untuk musim baharu semoga kita berjumpa lagi. Saya gembira sebagai sebahagian daripada keluarga ini.”
Shamie yang sekadar melakukan tiga penampilan bersama pasukan telah berunding bersama pihak pengurusan kelab untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki satu tahun.