sukan

Pesanan buat Pan Gon

Selepas dimalukan Jordan 0-4 dalam perlawanan pertama Kumpulan E, kini Harimau Malaya perlu menang dalam perlawanan menentang Bahrain bagi menghidupkan semula peluang meneruskan kempen Piala Asia kali ini.

Biarpun ia satu memerlukan pendakian tinggi, Ekor Harimau masih menaruh keajaiban terhadap sentuhan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Namun, rata-rata peminat yang ditemui di sekitar ibu negara menagih Pan-gon agar membuat pemilihan terhadap kesebelasan utamanya Sabtu ini.

“Kim Pan-gon perlu susun strategi bagi anak buah beraksi 100 peratus,” kata seorang penyokong.Seorang lagi peminat menyuarakan: “Mungkin kita tidak perlu terlalu agresif untuk menyerang. Kim Pan-gon sepatutnya mengekalkan permainan yang selalu dipraktikkan sebab kita sudah sampai ke Piala Asia.”

Tambah peminat yang lain: “Sepatutnya Kim Pan-gon. perlu tekankan kemenangan dalam setiap perlawanan bukan nak uji taktikal baru.

sumber:- SA

“Kita dah berpengalaman berasa kekalahan. Sepatutnya Kim Pan-gon bagi keputusan yang bagus, bukan eksperimen lagi.”