sukan

Aksi Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan Jaguh Dunia sungguh mendebarkan

IMPIAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk melangkah lebih jauh pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi tidak kesampaian.

Pasangan yang menghuni ranking ke-26 dunia itu terpaksa akur tewas kepada juara Siri Jelajah Dunia Akhir 2022 Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China dalam saingan pusingan kedua pada Khamis.

Bagaimanapun kemenangan pasangan kelapan dunia itu bukan diraih dengan mudah apabila diberi tentangan sengit Sze Fei- Nur Izzuddin dalam aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav.

Yu Chen-Xuan Yi bermula dengan baik apabila unggul pada set pertama 21-19, namun pasangan negara bangkit untuk menang 21-17, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Nyata pengalaman memihak pasangan China itu apabila mengesahkan kemenangan 21-17.

sumber:- SH

Sebagai rekod ia merupakan pertemuan keempat melibatkan kedua-dua pasangan di platform antarabangsa yang menyaksikan keputusan seimbang dengan masing-masing meraih dua kemenangan.