sukan

Sah hantar bantahan Rasmi

Pengurus pasukan Indonesia, Endri Erawan berkata, pihaknya sudah menghantar bantahan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkaitan gol kedua Iraq.

Indonesia tewas 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan D bertemu Iraq di Stadium Ahmad Ali malam tadi.Selepas Marselino Ferdinan mengimbangi jaringan pembukaan Iraq oleh Mohamed Ali, Osama Rashid membolosi gawang Indonesia dalam masa kecederaan babak pertama.

Namun jaringan berkenaan mencetus kontroversi kerana dikatakan ofsaid, dan Indonesia sedia membantahnya secara rasmi.Menurut Endri, surat bantahan sudah diserahkan kepada pegawai perlawanan. Dia berharap perkara sama tidak akan berulang.

Pengendali skuad Indonesia, Shin Tae-yong turut tidak berpuas hati dengan jaringan kedua Iraq itu yang disahkan oleh VAR.

Baginya, pemain Iraq, Mohanad Ali jelas berada dalam kedudukan ofsaid sebelum Osama menjaringkan gol.

sumber:- BH

“Saya tidak tahu kenapa gol kedua tidak dianggap ofsaid. Saya tidak dapat menerimanya. Ia 100 peratus ofsaid. Keputusan ini akan menjatuhkan nilai Piala Asia,” kata Tae-yong. – AGENSI