sukan

Rekod makin panjang

Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan ke atas Jordan tidak kesampaian apabila sekali lagi tunduk 0-4 dalam aksi pembukaan kumpulan E Piala Asia di Qatar awal pagi tadi.

Dalam lima pertemuan sebelum ini sejak 1988, tiga aksi memihak Jordan manakala dua lagi aksi berkesudahan dengan keputusan seri.Bukan itu sahaja, malah kekalahan Harimau Malaya di Stadium Al Janoub pada awal pagi tadi turut menyaksikan hasrat Kim Pan Gon untuk muncul ketua jurulatih Malaysia pertama menewaskan pasukan di ranking ke-87 dunia itu juga terbantut.

sumber:- SA

Kekalahan itu bukan sahaja meletakkan Malaysia di kedudukan tercorot kumpulan E, malah Harimau Malaya kini berdepan misi hidup mati ketika perhitungan dengan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad pada Sabtu ini sebelum bertemu Korea Selatan pada 25 Januari depan.