sukan

Komen bintang Jordan selepas berjaya ‘lanyak’ Malaysia

Bintang Jordan, Musa Al-Taamari, berkata pasukannya sememangnya lebih layak menang ketika menewaskan Malaysia 4-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan E, Piala Asia Qatar di Stadium Al Janoub awal pagi tadi.

Skuad negara dibolosi tiga gol seawal 32 minit pertama gara-gara dua penyudah gemilang Mahmoud Al-Mardi dan satu jaringan penalti Al-Taamari.Al-Taamari kemudian memperoleh satu lagi jaringan dengan menyempurnakan sepakan penalti minit ke-45, sekali gus meletakkan pasukannya selaku pendahulu kumpulan dengan kemenangan besar itu.

Mengulas mengenai kejayaan itu, penyerang Montpellier itu berkata: “Perlawanan pertama sentiasa sukar tetapi kami layak memenanginya kerana setiap pemain memahami apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan ini.

“Kami perlu memenangi perlawanan ini kerana ia akan memberikan lonjakan untuk kami menghadapi Korea Selatan dalam perlawanan seterusnya. Kemenangan ini layak diterima semua pemain kami.

sumber:- SA

“Saya gembira kerana apabila penyokong datang ke stadium memberikan sokongan, anda perlu memberikan mereka sesuatu.
“Saya gembira untuk memberikan jaringan dan kemenangan ini buat mereka,” katanya.