sukan

Kedudukan Terkini Ranking Malaysia selepas dibedal Jordan

Keputusan tidak menyebelahi skuad Harimau Malaya yang tewas 0-4 kepada Jordan bukan hanya menyukarkan peluang untuk menembusi 16 pasukan terbaik namun memberi kesan kepada ranking semasa skuad kendalian Kim Pan-gon.

Hal ini kerana, keputusan tewas kepada Jordan itu menyebabkan skuad Harimau Malaya turun dua anak tangga ke kedudukan 132 dunia.

Sungguhpun melalui kempen yang cemerlang apabila naik tujuh tangga ke kedudukan 130 dunia ketika kempen Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia akhirnya terpaksa akur dengan kehandalan Jordan.

Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Malaysia turun dua tangga ke kedudukan 132 dunia dengan 1110 mata.Berdasarkan kepada perlawanan itu, jika Malaysia menang akan memperoleh 22.35 mata, seri 4.85 mata manakala tewas pula menyebabkan kehilangan 12.65 mata.

Cabaran hebat menanti Malaysia apabila bakal berdepan pasukan ke-86 dunia, Bahrain pada 20 Januari ini sekali gus jika tewas kemungkinan akan menjejaskan lagi kedudukan skuad Harimau Malaya.

Pada perlawanan awal pagi tadi menyaksikan, Jordan mendahului tiga gol pada separuh masa pertama menerusi Al-Mardi di minit ke-12 sebelum Mousa Al-Taamari menambah gol kedua di minit ke-18 menerusi sepakan penalti.

sumber:- HM

Al-Mardi yang pernah menabur bakti di Kedah pada musim 2022 lalu menambah gol ketiga (m-32) dan Al-Taamari turut mencetak gol peribadi keduanya di hujung permainan babak kedua.