sukan

Scheperman prospek Arkitek Skuad Malaysia

Skuad Harimau Malaya mungkin akan ada pengganti di bahagian tengah yang berbakat dan berpengalaman di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Hal ini kerana, pemain kelab Heracles Almelo, Sem Scheperman berpotensi untuk diserapkan dalam skuad Harimau Malaya memandangkan dia adalah individu berdarah kacukan.

Pemain berusia 21 tahun itu adalah pemain utama kelab Heracles yang kini menghuni tangga ke-15 liga utama Belanda iaitu Liga Eredivisie.

Malah, pemain yang mempunyai ketinggian 1.88 meter itu mampu beraksi di posisi tengah bertahan dan juga posisi tengah.

Menerusi hantaran dari laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Sem boleh mewakili Malaysia kerana mempunyai darah keturunan Malaysia daripada neneknya.

“Sem Scheperman dilahirkan di Belanda. mempunyai keturunan Malaysia melalui neneknya. Manakala ibu bapanya berasal dari Belanda. Sem kini bermain di Eredivisie bersama Heracles Almelo,” tulis frfuturetalents di laman Instagram.

Mengikut rekod, pemain muda itu sudah diturunkan dalam 13 perlawanan buat Heracles dalam saingan Eredivisie.

Walaupun belum mencetak sebarang jaringan namun kelebihan fizikal yang dimiliki menjadi nilai tambah buat pasukannya.

Frfuturetalents sebelum ini turut mendedahkan kapten kelab dari England, Scunthorpe United iaitu Michael Clunan juga mempunyai darah keturunan Malaysia.

sumber:- HM

Namun segalanya kini terpulang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan jurulatih, Kim Pan-gon untuk memanggil mereka bagi memperkuatkan pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang.