sukan

Malaysia sukar sebab Naturalisasi — Kapten Jordan

Kapten Jordan, Ehsan Haddad, mengakui Harimau Malaya kini mempunyai ramuan berbeza daripada skuad yang dimiliki sebelum ini.

Pertahanan Al-Faisaly SC itu menganggap kehadiran pemain naturalisasi skuad kebangsaan bakal menghadirkan cabaran berbeza kepada Jordan dalam Piala Asia, sebentar lagi.

Haddad merupakan pemain Jordan yang beraksi dalam dua pertemuan terakhir menentang Malaysia pada 2019 dan 2021.

Namun, Haddad enggan jadikan rekod lalu sebagai ukuran sebaliknya menggesa rakan sepasukan waspada berdepan Malaysia.

“Kita tidak melihat rekod lalu sebagai ukuran. Sebelum ini apabila kita menewaskan Malaysia, kita anggap ia perlawanan yang agak mudah, namun kini saya lihat mereka memiliki skuad berbeza.

“Kita harus menghormati setiap pasukan. Malaysia memiliki 6 atau 7 pemain naturalisasi, maka esok fokus kita adalah untuk keadaan semasa dan bukannya masa lalu,” ujar Ehsan Haddad.

sumber:- SA

Untuk rekod, skuad dari timur tengah itu berjaya merekodkan kemenangan 4-0 dan 1-0 ke atas skuad negara sekaligus menyaksikan mereka merupakan pasukan pilihan.