sukan

Malaysia berpeluang tambah 22.31 mata

Harimau Malaya berpotensi untuk terus mendaki anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) jika berjaya mengalahkan Jordan, awal pagi esok.

Skuad kendalian Kim Pan Gon yang menduduki tangga 130 dunia ketika ini akan berdepan pasukan di ranking 87 dunia itu bagi aksi Kumpulan E saingan Piala Asia di Stadium Al Janoub.

Berdasarkan kiraan mata, Harimau Malaya berpeluang meraih mata tambahan 22.31 seandainya berjaya mengejutkan skuad The Chivalrous Ones.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan sejauh mana pergerakan Harimau Malaya dalam ranking FIFA dengan pasukan lain turut mengintai peluang untuk memperbaiki kedudukan mereka.

Ia adalah pertembungan pertama Malaysia dan Jordan di pentas pusingan akhir Piala Asia dengan kedua-dua pasukan pernah berentap pada kelayakan Piala Asia 1988 yang mana mereka terikat tanpa jaringan.

Selain Jordan, Harimau Malaya juga berpeluang untuk menambah mata bagi ranking FIFA apabila akan menentang pasukan tangga ke-86 dunia, Bahrain, Sabtu ini dalam aksi kedua kumpulan.

sumber:- BH

Selain mahu mencipta sejarah di Piala Asia, keputusan positif akan membuka peluang untuk Harimau Malaya menembusi kelompok 120 terbaik dunia.