sukan

Ketua jurulatih Jordan akui ‘gerun’ dengan Malaysia

Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta menjelaskan pasukannya tidak memandang mudah terhadap kemampuan Malaysia menjelang pertembungan kedua-dua pasukan itu dalam aksi Kumpulan E saingan Piala Asia di Stadium Al Janoub, Selasa ini.

Ammouta berkata, Harimau Malaya tetap memiliki peluang untuk meraih kemenangan walaupun skuad kendalian Kim Pan Gon itu berada di ranking 130 dunia berbanding pasukannya yang menghuni tangga 87 dunia.

Katanya, beberapa pemain Jordan yang memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia sebelum ini juga tidak menjadi kelebihan besar buat pasukannya memerangkap Harimau Malaya.

“Ia (pemain Jordan beraksi di Malaysia) bukan kelebihan besar buat pasukan kerana setiap pasukan sentiasa mengkaji lawan mereka. Namun, mungkin kami boleh gunakan pengalaman mereka untuk berdepan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Empat pemain Jordan yang mempunyai pengalaman beraksi di Liga Super termasuk Yazan Al Arab, Noor Al Rawabdeh, Mahmoud Al Mardi dan Fadi Awad.

Jordan boleh dianggap sebagai pasukan pilihan berbanding Malaysia berdasarkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

sumber:- BH

Malah, skuad The Chivalrous Ones turut memiliki rekod baik sepanjang pertembungan dengan Malaysia yang mana mereka menang 4-0 dan 1-0 dal dua aksi persahabatan terakhir pada 2019 dan 2021.