sukan

‘Masalah’ lain membelenggu Malaysia ketika ini

Semua pemain Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik dengan masing-masing sudah bersedia untuk bertempur pada perlawanan pertama kumpulan E bertemu Jordan Selasa ini.

Walaupun segala-galanya berjalan mengikut perancangan dan persediaan yang dilakukan barisan barisan kejurulatihan Harimau Malaya berjalan lancar namun terdapat ‘masalah’ lain yang membelenggu mereka ketika ini.

Hal ini kerana, pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon pening kepala untuk membariskan pemain terbaik bagi menentang Jordan kelak.

Pan-gon berkata, semua pemain Harimau Malaya mempamerkan aksi terbaik dan berkualiti terutama ketika perlawanan persahabatan menentang Syria baru-baru ini.

Katanya, beliau memberikan semua pemain minit permainan untuk menilai kemampuan taktikal yang mahu digunakannya dan mereka tidak berhadapan masalah untuk mengikutinya.

“Semua pemain bersaing dengan cukup baik dan saya gembira dengan apa yang telah ditunjukkan oleh mereka. Sesiapa sahaja boleh berada dalam kesebelasan utama.

“Ia adalah kelebihan yang berjaya kami capai dalam perlawanan ini. Seterusnya, staf kejurulatihan akan melihat semula perlawanan ini untuk menilai pemain yang akan beraksi dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Jordan,” katanya.

Selain itu, Pan-gon mengakui pemain mendapat keyakinan selepas aksi persahabatan itu selain lega tiada pemain yang mengalami kecederaan.

“Selepas sebulan tanpa perlawanan dan hanya dengan latihan sahaja, pemain menunjukkan persembahan baik dalam perlawanan persahabatan ini.

sumber:- HM

“Kami mendapat masa yang cukup untuk melakukan persiapan dan tiada pemain yang cedera menjelang perlawanan pertama nanti,” katanya.

hari