sukan

Malaysia dan Hong Kong dinobat pasukan terbanyak di Piala Asia

Malaysia dan Hong Kong menjadi pasukan terbanyak menggunakan pemain berstatus naturalisasi di Piala Asia 2023.

Berdasarkan semakan, dua pasukan itu menyenaraikan 14 pemain naturalisasi pada kejohanan di Qatar dengan jumlah itu termasuk pemain warisan atau berdarah campuran.

Skuad kendalian Kim Pan Gon menyenaraikan empat pemain naturalisasi termasuk Endrick Dos Santos, Mohamadou Sumareh, Paulo Josue dan Romel Morales.

Harimau Malaya turut mendapat sentuhan 10 pemain berdarah kacukan iaitu Matthew Davies, Daniel Ting, Dominic Tan, Junior Eldstal, Dion Cools, La’Vere Corbin-Ong, Stuart Wilkin, Brendan Gan, Natxo Insa dan Darren Lok.

Selain Malaysia dan Hong Kong, Lubnan dan Qatar berada di tangga kedua pasukan paling banyak menggunakan pemain naturalisasi dalam Piala Asia kali ini iaitu 12 pemain.

Palestin pula menyenaraikan 11 pemain naturalisasi, diikuti Australia (sembilan), Indonesia dan Syria (lapan) Iraq (tujuh) dan Kyrgyzstan (tiga).

Senarai pasukan yang gunakan pemain naturalisasi di Piala Asia 2023

1) Malaysia dan Hong Kong – 14

2) Lubnan dan Qatar – 12

3) Palestin – 11

4) Australia – 9

5) Indonesia dan Syria – 8

6) Iraq – 7

7) Kyrgyzstan – 3

8) Thailand, UAE dan Bahrain – 2

9) India, Iran, Jepun, Jordan, Oman, Tajikistan dan Vietnam – 1

sumber:- BH