sukan

TERKINI: Sejarah Hitam berulang di Terbuka Malaysia

Sejarah hitam yang terpahat buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, berulang apabila tersungkur hanya dalam pusingan pertama sama seperti Kejohanan Terbuka Malaysia edisi lepas.

Perlawanan tumpuan bagi acara beregu wanita menampilkan pertemuan di antara pasangan negara, Pearly dan Thinaah dengan Liu Sheng Shu -Tan Ning dari China.

Mengimbas kembali pertemuan di antara kedua-dua pasangan beregu itu, Pearly-Thinaah berjaya menewaskan beregu berkedudukan ke-8 dunia tersebut sebanyak dua kali dalam dua pertemuan sebelum ini.

Bagaimanapun, dengan kecederaan yang dialami oleh Thinaah dan beberapa isu yang melanda pasangan itu, kekalahan pada pusingan pertama menjadi titik noktah dalam kempen Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Set pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 bagi acara beregu wanita itu dimulakan dengan aksi saling berkejaran mata sebelum gandingan Pearly-Thinaah merebut mata meletakkan mereka dihadapan.

Namun, momentum yang terbina dari awal perlawanan itu tidak dapat diteruskan selepas mereka acap kali melakukan kesilapan mudah, sekali gus menghukum mereka dengan kekalahan pada set pertama 20-22.

Beralih ke set kedua, tahap mental Sheng Shu/Ning kelihatan sedikit terganggu apabila berjaya menghadiahkan mata ke-11 buat Pearly-Thinaah atas kesilapan mudah yang dilakukan.

Tidak melepaskan peluang, pasangan beregu negara yang kini berada pada ranking ke-12 dunia, terus mengambil kesempatan memungut mata dengan ‘smash’ tajam yang dilakukan oleh Thinaah.

sumber:- SA

Bagaimanapun, segala usahanya tidak membuahkan hasil selepas terpaksa akur bahawa mereka tidak mampu memecah Tembok Besar China itu dengan kekalahan ‘straight set’, 20-22 dan 15-21.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago