sukan

Reaksi penyokong Syria selepas diikat Malaysia tarik perhatian

Kegagalan Syria menundukkan Malaysia pada aksi tertutup di Stadium Grand Hamad, Doha, awal pagi tadi tampak membuatkan penyokong mereka meragui kemampuan pasukan itu di Piala Asia 2023.

Menerusi tinjauan BH Sukan di laman media sosial Persatuan Bolasepak Syria (SFA), penyokong pasukan itu tidak berpuas hati selepas pasukan di ranking ke-91 dunia itu berdepan kemarau dalam tiga aksi terakhir.

Mereka tewas 0-5 di tangan Jepun pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, terikat 1-1 dengan Krygyzstan dan sekali lagi hampa diikat Malaysia 2-2.

Seorang penyokong, Sami Msallam menjangkakan pasukan mereka akan ‘bungkus’ seawal peringkat kumpulan berdasarkan prestasi mereka dalam beberapa perlawanan terakhir.

“Ya Tuhan, pasukan yang seri dengan Malaysia dan Kyrgyzstan ini akan seri dengan India, kemudiannya dibelasah empat gol di tangan Uzbekistan dan Australia.’

Umar Abu Bakar pula berkata ‘saya bersumpah dengan nama Tuhan, pasukan ini tidak akan melepasi peringkat kumpulan. Pertahanan perlu bekerja lebih keras.’

Hasan Orouk pula menyifatkan keputusan seri itu sebagai memalukan terutama selepas mengambil kira kedudukan Syria yang berada di tangga ke-91 dunia berbanding Malaysia di tangga ke-130.

“Ini (keputusan) memalukan dengan pasukan (lawan) seperti ini’ manakala Ali Muhamad berkata ‘pertahanan yang gagal’.

Ahmad Alfares pula menyindir Syria dengan menyatakan pasukan itu menunjukkan ‘peningkatan’ apabila berjaya meraih dua keputusan seri berturut-turut selepas dibelasah Jepun sebelum ini.

sumber:- BH

“Nampaknya ada peningkatan daripada kekalahan kepada seri tetapi seri dengan pasukan yang lemah.”