sukan

Dua naturalisasi negara mula dapat nama gelaran

Pemain naturalisasi negara, Romel Morales mendapat nama baharu apabila kini bergelar ‘Ramlee Morales’.Nama timangan itu diberikan peminat bola sepak negara seperti yang dapat disaksikan dalam salah satu gambar di laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Malah, ‘pertarungannya’ merebut bola di udara bersama pemain Syria turut menarik perhatian penyokong bola sepak negara di gambar sama.

Baith Rasdi menulis ‘Ramlee Morales’ sementara Mark pula meninggalkan komen ‘Ramlee vs Amrabat’ selepas pemain Syria itu memiliki rupa paras sama seperti pemain tengah Manchester United, Sofyan Amrabat.

Selain Morales, seorang lagi pemain naturalisasi negara, Paulo Josue turut menerima nama timangan baharu yang diberikan penyokong.

Jika Morales dipanggil Ramlee, bekas rakan sepasukan Morales di KL City FC itu pula dipanggil ‘Pak Jusoh’ ataupun ‘Pak Long Jusoh’.

Sebelum ini, pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh mendapat gelaran ‘Keli Boy’ susulan kelincahannya ketika beraksi di atas padang.

sumber:- BH

Bekas pemain Pahang itu juga turut mendapat panggilan bagi skuad ke Piala Asia 2023 kali ini.