sukan

Aksi berdepan Syria buat Pan Gon tersenyum

Aksi menentang Syria yang berlangsung di Stadium Grand Hamad, Doha, Qatar, awal pagi tadi seharusnya membantu meningkatkan lagi keyakinan skuad Harimau Malaya sebelum membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan, 16 Januari ini.

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengakui gembira dengan permainan ditunjukkan anak buahnya apabila sekali lagi mengikat pasukan di ranking ke-91 dunia itu menerusi keputusan 2-2.

Malah, dia turut gembira apabila dapat menguji semua pemain yang ada sekali gus menyaksikan objektif aksi pemanas badan itu dapat dicapai.

“Permulaan yang baik tetapi kita bolos menentang pasukan di ranking ke-91 dunia. Saya gembira dengan persembahan pemain khususnya pada separuh masa pertama sebelum kami menukar pemain pada babak kedua.

“Ia bukanlah perlawanan yang mudah dan selepas 65 minit, kita menukar semua pemain dan kita berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2. Kita mendominasi hujung perlawanan untuk bersaing dengan mereka.

“Saya rasa pemain akan lebih berkeyakinan sebelum menentang Jordan. Dengan senarai pemain ini, saya optimis kita boleh memberi cabaran,” kata Pan Gon selepas perlawanan.

Terdahulu, skuad kebangsaan terlebih dahulu di depan menerusi jaringan pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39 namun babak kedua berubah apabila Syria meledak dua gol pantas dalam tempoh empat minit menerusi Pablo Sabbag (m70) dan Ibrahim Hesar (m74).

sumber:- BH

Malaysia berjaya mengulangi keputusan di Chengdu apabila pemain naturalisasi, Paulo Josue menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-78.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago