sukan

“Latihan bola tengah hari Sabtu bersama gadis Melayu saya”

Penyerang naturalisasi negara, Lee Tuck, seakan-akan memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa jiwanya masih lagi bersama Harimau Malaya.

Dalam satu kiriman Instagram pagi tadi, Lee Tuck mengirimkan sekeping gambar yang menunjukkan dia bersama dua anak perempuannya menyarung seragam Harimau Malaya.

“Latihan bola tengah hari Sabtu bersama gadis Melayu saya,” tulisnya dalam kiriman berkenaan.

Sebagai rekod, Lee Tuck menjadi pemain naturalisasi negara pada 1 September 2022, di mana dia turut memperkuatkan skuad negara dalam saingan Piala AFF pada penghujung tahun itu.

sumber:- SA

Bagaimanapun, dia mencetuskan tanda tanya apabila dia memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas berpisah dengan Kedah Darul Aman FC pada Ogos lalu.