sukan

Kim Pan-gon akui sebab FAM ambil beliau

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil beliau selaku jurulatih Malaysia disebabkan kepakaran serta ilmu dalam dunia bola sepak yang ada pada dirinya.

Sebelum datang ke Malaysia, Pan-gon bertindak selaku Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan terbabit secara langsung dengan pasukan berkenaan di Piala Dunia 2018 dan 2022. Pengalaman itu amat bermakna buat dirinya dalam karier jurulatih selepas itu.

“Saya ingin membawa kepakaran tersebut untuk membantu Malaysia mencapai potensi mereka. Dan itulah yang diharapkan FAM apabila mereka melantik saya selaku ketua jurulatih, iaitu pengetahuan yang saya ada,” katanya ketika kepada Forbes.

Tambahnya, di Piala Asia nanti, tekanan akan lebih terarah kepada pasukan lawan berbanding skuad negara dari segi ranking dan pasukan pilihan.

“Tekanan akan berada pada lawan Malaysia, kerana pasukan tersebut akan mengharapkan kemenangan, manakala bagi Malaysia, satu seri sudah cukup baik.

“Jika Malaysia dapat menjaga permainan dengan baik, memberi tekanan pada pasukan lawan mereka, ia akan meningkat keyakinan dan boleh mencipta sesuatu seperti mendapatkan jaringan.

“Di sebab itu kita akan memberi tumpuan lebih kepada aspek pertahanan dan juga sepakan bola mati.

Jelas pengendali berusia 54 tahun itu, beliau sentiasa memberi keyakinan kepada para pemain bahawa Malaysia boleh bersaing dengan negara lain meskipun perbezaan saiz dan ranking dunia.

sumber:- HM

Sejak pengendali dari Korea Selatan itu mengambil alih, beliau berjaya membantu Malaysia naik dari kedudukan 150 dunia kepada 130 dunia ketika ini.