sukan

Malang terus menimpa Liverpool

Pemain tengah Liverpool Dominik Szoboszlai terlepas aksi getir menentang Arsenal dalam saingan Piala FA dan separuh akhir pertama Piala Liga berdepan Fulham selepas mengalami kecederaan hamstring, menurut pengurus Juergen Klopp hari ini.

Pemain antarabangsa Hungary, Szoboszlai digantikan pada minit ke-64 ketika menewaskan Newcastle 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Selasa lalu.

“Dia alami kecederaan otot, hamstring. Saya tak tahu, kita perlu tunggu. Dom sangat positif, dia tidak alami kesakitan amat sangat tapi kami perlu tunggu agak lama,” kata Klopp menjelang aksi di Stadium Emirates awal pagi Isnin ini.

“Dia tiada peluang Ahad ini, begitu juga pada Rabu. Selepas itu kita tunggu apa situasi dia. Harap dia dapat kembali, tapi kita tak tahu.”

Liverpool turut tanpa Mohamed Salah selepas dia beraksi bersama Mesir untuk saingan Piala Negara-Negara Afrika manakala pemain tengah Wataru Endo menyertai Jepun di Piala Asia.

Perlawanan menentang Arsenal berlangsung tiga hari sebelum berdepan Fulham.

Ketika ditanya tempoh singkat itu memerlukan penggiliran pemain, Klopp berkata: “Saya tak pasti jika menentang Arsenal perlukan penggiliran. Saya tak pasti kami berpeluang melakukannya.

sumber:- HM

“Kami boleh turunkan barisan bagus dan saya yakin kami melakukannya. Kami bukan sahaja mahu menang perlawanan ini malah mahu ke final Piala Liga.”