sukan

Bergson atasi salah

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva berada di kedudukan ke-12 sebagai penjaring gol terbanyak dunia pada 2023 menerusi data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).

Ia juga menyaksikan Bergson yang meledak 39 gol musim lalu bersama Harimau Selatan memintas jaringan beberapa bintang terkemuka dunia seperti penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez dan tonggak sensasi Liverpool, Mohamed Salah.

Pemain kelahiran Brazil itu meledak 21 gol dalam saingan Liga Super, 14 dalam saingan piala peringkat domestik dan empat gol dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Bergson, 32, menyertai JDT sejak 2022 dan setakat ini merupakan antara penyerang berbisa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Dalam pada itu, mengungguli senarai IFFHS itu adalah pemain Al Nassr, Cristiano Ronaldo yang meledak 54 gol dalam semua kejohanan disusuli bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe dengan 52 gol.

Jumlah jaringan 52 gol itu turut dikongsi bersama penyerang Bayern Munich, Harry Kane manakala peledak Manchester City, Erling Haaland di kedudukan keempat dengan 50 gol.

sumber:- SH

Martinez yang berada pada kedudukan ke-16 pula menjaringkan 37 gol dan Salah yang berada pada kedudukan ke-17 pula dengan 36 gol.