sukan

Kemalangan libatkan Pemain kejutkan KDA FC

Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemain tengah Amirul Hisyam Awang Kecik yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Alor Setar petang kelmarin.

Menurut media KDA, kejadian itu membabitkan sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mengejut ketika dia sedang menunggang motosikal di Jalan Alor Mengkudu.

Amirul Hisyam yang turut dikenali sebagai Worm dalam kalangan pemain dan peminat mengalami kecederaan seperti koyak pada bahagian mulut, patah hidung dan retak dagu.

Susulan kemalangan itu, dia kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta.”Pemain tengah KDA, Amirul Hisyam Awang Kechik terbabit dalam kemalangan petang semalam ketika menunggang motosikal yang mengakibatkan hidungnya patah dan turut mengalami keretakan bahagian dagu.

“Warga KDA mendoakan supaya dia cepat sembuh dan sabar menghadapi ujian ini dan sama-sama kita doakan kesihatannya supaya cepat pulih,” katanya.

sumber:- BH

Pemain berusia 28 tahun itu yang berasal dari Kampung Lubuk Getah, mukim Padang Kerbau, Pendang beraksi dengan Hijau Kuning sejak tahun 2016.