sukan

Wayne Rooney sah dipecat

Wayne Rooney berkata dia “perlu mengambil sedikit masa bagi mengharunginya” selepas dipecat daripada jawatan pengurus pasukan Liga Kejuaraan, Birmingham City hari ini selepas melalui tempoh yang teruk.

Bekas bintang Manchester United dan England berusia 38 tahun itu dilantik pada Oktober tetapi hanya menyaksikan dua kemenangan dalam 15 perlawanan diharungi dengan kekalahan 3-0 berdepan Leeds semalam menjadi kekalahan kesembilan yang juga terakhir buatnya.

Birmingham – dengan legenda NFL, Tom Brady sebagai pemegang saham minoriti – bertarung mengelak penyingkiran dan kini berkedudukan ke-20 daripada keenam sejak Rooney mengambil alih.

“Walaupun usaha terbaik dilakukan, keputusan tidak seperti dimahukan,” kata kenyataan kelab itu.
“Justeru majlis kelab merasakan perlunya perubahan dalam pengurusan untuk kebaikan semua di kelab ini.”

Rooney sebelum ini menggantikan John Eustace.

“Bola sepak ialah satu perniagaan – dan saya sedar mereka tidak berada di tahap yang saya mahu mereka berada,” kata Rooney.

“Bagaimanapun masa ialah komoditi yang amat diperlukan sebagai pengurus dan saya tidak percaya 13 minggu mencukupi untuk membuat perubahan yang diperlukan.

sumber:- BH

“Secara peribadi saya perlukan sedikit masa untuk mengharungi semua perkara ini.” – AFP