sukan

Apa yang terjadi kepada Thailand satu peringatan untuk Malaysia

Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu memuji kegigihan pasukannya selepas mereka membelasah Thailand 5-0 pada aksi pemanas badan di Tokyo hari ini menjelang saingan Piala Asia.

Juara Asia empat kali itu terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama di hadapan lebih 60,000 penonton sebelum merobek gawang Thailand selepas rehat.

Jepun akan menjadi antara pasukan pilihan di Piala Asia Qatar dan Moriyasu memberi amaran bahawa mereka perlu menunjukkan semangat yang sama apabila kejohanan itu bermula pada 12 Januari ini.

“Mereka bukan lawan yang mudah untuk di atasi tetapi pemain mempamer corak serangan positif.”Ia tidak berlaku di awal saingan tetapi pemain terus menyerang berkali-kali dan mereka akhirnya memperoleh ganjaran dengan jaringan gol,” kata Moriyasu.

Moriyasu menurunkan barisan pemain kurang berpengalaman tanpa kehadiran beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara ketika menentang pasukan Thailand, yang turut beraksi di Piala Asia.

Ao Tanaka memecah kebuntuan lima minit separuh masa kedua sebelum jaringan Keito Nakamura, Takumu Kawamura, Takumi Minamino dan gol sendiri Thailand memberikan kemenangan selesa kepada tuan rumah.

Moriyasu berkata barisan pemainnya mempamer aksi argesif dengan kerap menyerang lawan tetapi menggesa mereka untuk terus mempamerkan peningkatan.

sumber:- HM

“Untuk menang di Piala Asia dan untuk menewaskan pasukan terbaik di dunia, kami perlu bertahan dengan dengan baik dan perlu sentiasa memenangi bola,” katanya.