sukan

Perkembangan Malaysia positif

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus melihat peningkatan pemain Harimau Malaya sejak kebelakangan ini satu petanda positif sekali gus membuktikan sebahagian daripada mereka lebih baik dari pemain terdahulu.

Jelasnya, perkara itu dapat dilihat dengan prestasi skuad kebangsaan ketika ini di samping gabungan pemain tempatan bersama pemain naturalisasi mencatat keputusan positif sehingga membantu ranking negara terus berada di kedudukan terbaik.

“Pemain tempatan kita memang lebih baik berbanding dahulu, jadi harap mereka diberi peluang lebih untuk bermain dan menonjol, sekarang naturalisasi dan memenuhi bola sepak negara, (kesan) jangka masa panjang nanti pemain tempatan tiada apa,” katanya.

Kata Khalid, pemain naturalisasi itu perlu membuktikan dirinya mereka memang jauh lebih baik dari pemain tempatan yang ada dan bukan sebaliknya.

Tambahnya, dirinya juga percaya skuad kendalian Kim Pan-gon mampu memberi persembahan terbaik dan mencipta sesuatu di Piala Asia nanti.

“Saya mengharapkan apa tahu, naturalisasi yang ada ini biarlah lebih baik dari segi kualiti itu lebih baik dari tempatan, jadi kita nampak perbezaan di situ sebab sesetengah naturalisasi kalau bandingkan dengan pemain tempatan dia punya keupayaan sama saja.

sumber:- HM

“Kalau kita dapat melakukan sejarah Alhamdulillah jika tidak kita dapat baiki ranking itu bagus sebab kita boleh melihat ke depan dan kita dapatkan perubahan yang lebih baik untuk ke arah lebih baik, itu harapan saya sebab kita tahu pasukan yang kita nak lawan bukan calang-calang, “katanya.