Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bersedia pada bila-bila masa sekiranya khidmatnya diperlukan bagi menjadi rakan sepelatih buat barisan pemain negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Chong Wei sebelum ini sudah beberapa kali turun ke gelanggang di ABM bersama bekas beregu lelaki kebangsaan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi menjalani latihan dengan pemain negara.
Katanya, apabila Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky menghubunginya bertanyakan sama ada dia boleh hadir bagi menjadi rakan sepelatih kepada pemain negara, dia tidak berfikir panjang untuk menyatakan persetujuan.
“Saya memang tiada masalah untuk bantu. Selain dapat meningkatkan motivasi pemain, ia juga memberikan suasana latihan yang berbeza kepada mereka sebagai persiapan menghadapi kejohanan sepanjang 2024.
“Dalam latihan itu, kita buat tiga lawan dua (untuk beregu) atau dua lawan satu (untuk perseorangan). Saya bergandingan dengan Kien Keat dan Boon Heong.
“Sesi latihan seperti ini juga memberi peluang kepada kami untuk berkongsi pengalaman dengan pemain negara bagi membantu mereka.
“Sama ada sesi latihan seperti ini akan dilakukan lebih kerap, itu bergantung kepada jurulatih. Saya pun tidak mahu menganggu program latihan yang sudah disusun jurulatih tetapi jika khidmat saya diperlukan, saya bersedia pada bila-bila masa,” katanya.
Sesi latihan berkenaan turut dikongsikan Boon Heong menerusi rakaman video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya yang menunjukkan mereka bergandingan menentang pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Mereka juga turut bermain menentang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Chong Wei, apa yang dilakukan mereka itu adalah cara untuk membalas budi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang memainkan peranan penting sepanjang mereka bergelar pemain.
“Ini cara kami untuk bayar balik apa yang pernah diberikan BAM kepada ketika kami menjadi pemain. Seperti yang saya sering katakan, tiada BAM tiadalah Chong Wei,” katanya.
sumber:- BH
Barisan pemain utama negara ketika ini sedang dalam persiapan bagi menghadapi saingan musim 2024 dengan kejohanan pertama adalah Terbuka Malaysia yang dijadual bermula dari 9 hingga 14 Januari ini.
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More