sukan

Natxo Insa bukan ancaman

Jeneral tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, bersikap positif dengan kehadiran tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa, dalam skuad akhir 26 pemain ke Piala Asia Qatar bulan depan.

Pemain Sabah itu menjadikan kelibat Natxo sebagai suntikan semangat untuk mengekalkan posisinya dalam kesebelasan utama.

Wilkin membarisi kesebelasan utama dalam dua perlawanan terakhir skuad negara, iaitu ketika bertemu Kyrgyzstan dan Chinese Taipei dalam kempen pusingan kelayakan Piala Dunia bulan lalu.

Pemain kacukan England-Malaysia itu membentuk gandingan berbeza dalam dua perlawanan berkenaan membabitkan pemain seperti Afiq Fazail dan Brendan Gan.

Lantas, kehadiran Natxo, yang kembali memperkuat skuad negara pastinya akan memberikan pilihan tambahan buat ketua jurulatih, Kim Pan-gon, dalam merencana strategi berkesan di Qatar nanti.

Skuad negara akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan, disusuli Bahrain sebelum membuat perhitungan dengan pasukan gergasi asia, Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan E.

sumber:- SA

“Dengan kehadiran Natxo — antara pemain terbaik dalam Liga Malaysia, pastinya akan me