Pertahanan legenda Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak, kelihatan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada karier bola sepaknya selepas diumumkan akan menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab itu musim depan.
Aidil merupakan saksi langsung kepada proses pembangunan JDT, di mana dia sudah bersama pasukan itu sejak 2013 dan menjadi satu-satunya pemain memenangi 10 gelaran Liga Super berturut-turut bersama kelab berkenaan.
Dia kelihatan beremosi ketika keraian gelaran Liga Super JDT musim ini dan ia kini seakan-akan terjawab selepas JDT dalam laman Facebook, Johor Southern Tigers, sebentar tadi mengumumkan Aidil akan menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab itu disamping kepulangan Hector Bidoglio.
“Beliau (Bidoglio) akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas, dan penolong jurulatih baru dari Argentina, selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab musim hadapan.
sumber:- SA
“Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector,” kata kenyataan itu.
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More