sukan

Syamer sanggup tangguh demi Malaysia

“Saya lebih gembira untuk berada di sini daripada berbulan madu dengan isteri saya.”

Itu antara respon awal pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba yang terpaksa meninggalkan isteri demi perjuangan bersama Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala Asia di Qatar bulan depan.

Syamer yang baru sahaja bergelar suami kepada Nur Miza Athira pada 25 Disember lalu, menyatakan isterinya memahami tugasan dia selaku pemain bola sepak negara.

“Saya baru menjalani perkahwinan tapi bukan masalah untuk saya menyahut panggilan bila dipanggil untuk negara. Saya rasa itu bukan satu masalah untuk saya tapi saya lebih gembira untuk berada di sini daripada berbulan madu dengan isteri saya.

“Kita sudah bincang perkara ini dan dia tahu keutamaan saya adalah untuk bola. Saya harap ini akan menjadikan saya pemain yang lebih baik untuk negara,” katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu antara individu penting yang membantu skuad kendalian Kim Pan-gon ke Piala Asia dan paling membanggakan, ia menamatkan penantian 43 tahun skuad negara ke pentas tertinggi di Asia itu.

Harimau Malaya dijadualkan berlepas ke Doha pada 1 Januari ini dan akan mengadakan perlawanan persabahatan menentang Syria pada 8 Januari.

sumber:- HM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang berusaha mendapatkan satu lagi perlawanan persahabatan selepas pasukan Arab Saudi membatalkan perlawanan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Januari depan.