sukan

Pan Gon kecewa dengan ‘kerenah’ Arab Saudi

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon kecewa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada 4 Jan depan dibatalkan.

Ini kerana pembatalan itu menyebabkan pasukan kendaliannya berdepan kemungkinan hanya bermain satu aksi pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Jan sehingga 10 Feb.

Pan Gon berkata bermain satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada 8 Jan sebelum memulakan kempen Piala Asia tidak mencukupi dalam persediaan anak buahnya menghadapi cabaran hebat di Doha.

“Sudah tentu tidak cukup (satu perlawanan persahabatan), saya sangat kecewa.. namun kita akan berusaha mengatasinya. Kita sedang cari ‘pasukan lawan’ yang ada,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam, sambil mengakui pilihan pasukan lawan sangat terhad.

sumber:- HM

FAM sebelum ini mengesahkan aksi persahabatan bertemu Arab Saudi terpaksa dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharunya Roberto Mancini disebabkan pengendali dari Itali itu mencongak pasukannya berkemungkinan bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia.