sukan

Komen pengendali Malaysia layanan kad merah berdepan China

Pengendali skuad B-23 kebangsaan, Juan Torres Garrido, mengakui antara titik tolak kegagalan anak buahnya meraih kemenangan kedua dalam perlawanan antarabangsa tier 2 di China akibat kad merah.

Aliff Izwan Yuslan memungut kad kuning kedua dalam babak pertama akibat mengganggu sepakan percuma lawan.Bagaimanapun, dia menjelaskan ia merupakan suatu pengalamanan berharga skuadnya bagi mengharungi cabaran menentang pasukan ranking lebih tinggi selepas ini.

“Hari ini menjadi pengalaman yang baik buat pasukan. Kami berdepan situasi berbeza.”Daripada segi persembahan, rentak kami lebih baik dalam pertemuan pertama kerana pada hari ini kami mengambil sedikit masa untuk mencari rentak.

sumber:- SA

“Selepas kehilangan seorang pemain dan kami mengambilnya sebagai latihan untuk kami hadapi pusingan akhir Piala Asia kelak,” katanya selepas perlawananan di Stadium Jiangsu.