Bekas pemain kebangsaan, Yazid Kamaruzuan mahu membuktikan pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak membuat kesilapan apabila mengikatnya untuk beraksi bersama mereka pada saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL), musim depan.
Menurut bekas pemain Selangor TOT United dan Pahang Rangers FC itu, sebagai pemain profesional dia perlu beralih angin apabila mendapat tawaran yang terbaik.
Katanya, kontrak setahun bersama JDT akan memberi peluang terbaik kepadanya untuk membuktikan kebolehan dan pengalaman yang dimiliki.
“Bersama pasukan JDT yang musim kedua bersaing dalam MPFL, diharap mampu mencetuskan kejayaan diharapkan,” katanya ketika dihubungi.
sumber:- BH
Pemain berusia 31 tahun itu menyerlah musim ini apabila menyumbang 13 gol bersama Selangor selain meledak hatrik ketika berdepan JDT pada aksi pusingan kedua liga di Pasir Gudang dan separuh akhir pertama di Shah Alam.