sukan

Wan Zack Haikal berat hati tinggalkan Perak FC

Pemain tengah Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor, hampir pasti kekal bersama dengan skuad kendalian Yusri Che Lah tahun depan.

Selepas menyaksikan sendiri jatuh bangun skuad The Bos Gaurus dalam tempoh dua tahun, pemain berpengalaman Wan Zack Haikal tidak terfikir angkat kaki.

Malah, pemain ini berasakan masih banyak kudrat yang boleh dicurahkannya atas dasar kepercayaan Perak FC kepadanya walaupun pada satu ketika dia terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan.

“Saya ingin kekal kerana Yusri dan pihak pengurusan yang masih inginkan khidmat saya.”Faktor kedua juga disebabkan peminat masih mahu lihat bakat saya di Perak.

“Saya belum puas menabur bakti di Perak sebab tahun lalu kami dikenakan sekatan perpindahan jadi saya hanya sempat bermain dalam beberapa perlawanan sahaja.

sumber:- SA

“Permulaan awal musim yang goyah adalah disebabkan rata-rata pemain Perak tiada berpengalaman dalam Liga Super, malah pencabar kami juga menurunkan ramai pemain import yang bagus,” katanya .