sukan

Tommy Mawat sah sertai Perak FC

Perak FC tidak berlengah dalam mengatur persiapan lebih rapi sempena menghadapi musim 2024/25 dengan membawa masuk Tommy Mawat Bada.

Pertahanan kental berkaki kidal itu dari Sarawak merupakan antara sosok penting di kem seteru Liga Super, Negeri Sembilan, musim lalu termasuk berkeupayaan meledak gol penting menerusi sepakan percuma.

Yusri Che Lah yang mula mengemudi Sang Seladang sejak pertengahan musim lalu berhasil mengekalkan mereka dalam Liga Super dengan menduduki tangga ke-11 hasil daripada empat kemenangan.

Yusri dalam satu kenyataan sebelum ini mendedahkan kelab utara itu bersedia memancing beberapa nama besar dan berpengalaman bagi mengibarkan cabaran yang lebih jitu pada musim depan dan pemain berusia 28 tahun tersebut muncul sebagai muka paling terbaru.