sukan

Selangor ‘lubuk’ Kasut Emas

Setelah tutupnya tirai Liga Super musim 2023, sudah sah bahawa penyerang import Selangor, Ayron del Valle, meraih gelaran penjaring terbanyak liga musim ini.

Dengan 23 gol telah dijaringkan Ayron dalam 26 perlawanan, itu sudah cukup untuk dia rangkul Kasut Emas sekaligus menidakkan dua penyerang Johor Darul Ta’zim, Bergson da Silva (21 gol) & Fernando Forestieri (19 gol).

Menariknya, kejayaan Ayron ini ibarat menjadikan Selangor sebagai ‘lubuk kasut emas’ buat penyerang import.
Ini apabila sejak 10 tahun lepas, lima kasut emas telah diraih penyerang import dari Selangor sahaja.

Sebelum Ayron, tiga penyerang dari Selangor berjaya merangkul kasut emas iaitu Paulo Rangel (16 gol – 2014), Rufino Segovia (19 gol – 2018) dan Ifedayo Olusegun (12 gol – 2020 & 26 gol – 2021).

Related Post

Namun, bekas pemenang Kasut Emas 2009, Nizaruddin Yusof, tekankan yang kejayaan Selangor tidak lengkap dengan hanya memenangi kasut emas sahaja.

“Mereka harus menambah baik secara keseluruhan, lebih-lebih lagi dari segi pertahanan & juga pemain tengah.
“Ini kerana mereka akan bersaing di pentas Asia, jadi mereka memerlukan seorang import baru yang berkualiti demi menghadapi ‘beban’ itu pada musim depan.

sumber:- SA

“Andai kata mereka (Selangor) hanya mengharapkan seorang penjaring seperti Ayron sahaja, itu tidak cukup untuk menaikkan dari segi prestasi keseluruhan,” katanya kepada Stadium Astro.