sukan

Padah serang pengadil

Manchester City didenda £120,000 (RM712,000) selepas pemain mereka mengepung pengadil, Simon Hooper pada hujung permainan ketika seri 3-3 dengan Tottenham awal bulan ini.

Hooper menghentikan permainan bagi memberikan tuan rumah sepakan percuma, walaupun sebelum itu sudah menunjukkan isyarat meneruskan permainan selepas Emerson Royal mengasari Erling Haaland.

Haaland dapat bangkit semula dan melakukan hantaran jauh yang cantik kepada Jack Grealish tetapi Hooper tiba-tiba meniup wiselnya sekali gus membantutkan serangan Man City.

Situasi itu mencetuskan reaksi berang daripada pemain City terutamanya membabitkan penjaring terbanyak mereka, Haaland.Haaland menunjukkan kekecewaannya sekali lagi selepas tamat perlawanan dan kemudiannya meluahkan perasannya di laman media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Persatuan Bolasepak (FA) England kini mendenda City selepas kelab itu mengakui pemain mereka berkelakuan tidak sepatutnya.

“Manchester City FC telah didenda £120,000 (RM712,000) selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan pada perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad 3 Disember.

“Manchester City FC mengakui mereka gagal memastikan pemain mereka berkelakuan tidak sepatutnya pada minit ke-94.

sumber:- HM

“Suruhanjaya kawal selia bebas mengenakan hukuman ini selepas proses perbicaraan,” kata kenyataan FA.