sukan

Pemain kedua tertua Liga Super nyatakan hasrat

Pemain veteran Kelantan United FC (KUFC), Indra Putra Mahayuddin, berhasrat meneruskan karier dalam arena bola sepak selagi khidmatnya diperlukan.

Pemain kedua tertua Liga Super kali ini, yang berusia 42 tahun, selepas Ramesh Lai (Kuching City FC), mengakui minat mendalam terhadap sukan berkenaan dan tidak akan terhenti selagi berkemampuan.

“Setiap kali turun beraksi di padang, saya sentiasa mencabar diri untuk memastikan saya masih boleh bermain,” katanya yang berpengalaman kira-kira 24 tahun.

Indra Putra berasal dari Ipoh, Perak bermain untuk Perak B-21 semasa zaman remaja dan dimasukkan ke pasukan utama Perak pada tahun 1999 di bawah kendalian mendiang Karl Heinz Weigang.

Beliau membuat penampilan pertama dalam pusingan kelayakan Piala Malaysia 1999 dan menjaringkan gol pertama dalam perlawanan menentang Pulau Pinang semasa saingan Piala Malaysia 1999. Bersama Perak, Indra Putra kerap diletakkan di sayap kiri dan sesekali bermain sebagai penyerang.

Dalam musim 2002 dan 2003, beliau membantu Perak menjuarai Liga Perdana Satu Malaysia selain bersama pasukan kebangsaan U23 pada 2001 hingga 2004 serta skuad kebangsaan (2002–2015).

Pemain berketinggian 1.75 meter itu pernah bersama pasukan Pahang (2004-2007), Selangor (2008), Kelantan (2009-2010), T-Team (2011-2012), Kelantan (2012-2013), Felda United (2014–2015), Kelantan (2016-2017), Kuala Lumpur City (2018-2021), Perak (2022) dan kini KUFC selain mengulangi hasratnya yang mahu bersara di Kelantan.

sumber:- SA

“Jika perkara itu berlaku, saya bersyukur dan berharap akan bersara dengan KUFC.“Paling penting penyokong perlu terus datang kerana sokongan itu akan memberi semangat luar biasa kepada pemain. Tak kira kalah atau menang, datanglah sokong kedua-dua pasukan kerana kedua-duanya membawa nama Kelantan,” kata beliau yang pernah merekod 100 gol pada Liga Super tahun 2019.