sukan

Luahan Hidalgo tamparan hebat buat Kedah

Pemain sayap import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo memberi ‘isyarat’ bakal meninggalkan pasukan Kedah dan memulakan pengalaman baharu bersama kelab lain musim depan.

Luahan itu dinyatakan pemain berasal dari Argentina berusia 24 tahun ini menerusi perkongsian di laman media sosialnya hari ini.

“Saya mahu menutup musim ini dengan rasa syukur dapat menyertai kelab yang hebat ini. Saya mendapat ramai kawan baharu dan ini memori yang indah buat saya. Saya menikmati setiap pengalaman itu dan saya juga berharap dapat semua dapat merasai pengalaman seperti itu juga semasa aksi di atas padang.

“Terima kasih kepada seluruh barisan kejurulatihan, staf perubatan, dan semua yang terlibat dalam setiap urusan seharian bersama pasukan. Kepada penyokong Kedah, saya ingin ucapkan terima kasih diatas sokongan anda yang cukup hebat sekali.

“Kini masanya untuk saya berehat sebentar dan mula bersiap sedia untuk menghadapi babak baharu dalam kerjaya saya. Kejayaan yang terbaik masih belum tiba,” katanya.

sumber:- BH

Pada aksi terakhir Sang Kenari dalam Liga Super menentang Sabah FC semalam, kelibat Hidalgo tidak kelihatan bersama pasukan sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyokong selepas beberapa spekulasi mengaitkannya ke kelab lain dalam liga tempatan dan juga di rantau ini.