sukan

Lebih 140 ditahan sebelum sepak mula

Lebih 140 penyokong ditahan kerana merosakkan metro Amsterdam sebelum Ajax Amsterdam mencatat kemenangan 3-1 dalam saingan Liga Europa ke atas AEK Athens.

Media tempatan hari ini melaporkan, penyokong mula bertelagah selepas keretapi yang membawa peminat kelab lawan berhenti bersebelahan antara satu sama lain dalam perjalanan menuju ke stadium.

Tidak terhenti di situ, penyokong turut dilaporkan bertelagah dengan pihak polis di kawasan pusat bandar.

Susulan insiden berkenaan, sebuah stesyen terpaksa ditukar bagi memastikan keretapi yang membawa penyokong AEK boleh tiba dengan selamat, lapor penyiar awam Belanda, NOS.

Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema dilaporkan berkata, insiden berkenaan ‘merencatkan malam perlawanan bola sepak yang menarik dan amat digemari penyokong Ajax’.

Kekecohan dilakukan orang ramai ini menghantui bola sepak Belanda beberapa kali pada tahun ini, dengan perlawanan liga terpaksa dibatalkan pada April dan Mei selepas berlakunya insiden seperti bom asap dilemparkan ke dalam stadium oleh penonton.

Ajax memperoleh tempat ketiga dalam Kumpulan B dan bakal diturunkan pangkat ke perlawanan play off Liga Persidangan.

sumber:- BH

AEK yang menamatkan saingan kumpulan di tangga tercorot terkeluar dari perlawanan Eropah. – Reuters