sukan

Kelantan menang last game ini,saya bogel

Kelantan menang last game (perlawanan akhir) ini,saya bogel, saya tak nawok (tak tipu).

Itu kata-kata yang ditinggalkan seorang peminat bola sepak di ruangan komen Facebook TRW Kelantan FC yang mempromosi tiket jualan perlawanan Liga Super antara Kelantan FC dan seteru senegeri, Kelantan United Football Club (KUFC), malam esok.

‘Keberanian’ disuarakan pemilik akaun bernama Muhd Rifaie Thaqif itu mendapat reaksi pembaca lain dengan meminta lelaki itu mengotakan kata-katanya dan turut memaklumkan sudah menangkap layar (screenshot) komen beliau.

Ada juga pembaca yang bertanya pasukan Kelantan yang mana dimaksudkan dan dia memaklumkan pasukan TRW. Kata-kata lelaki ini sudah pasti kerana kekecewaan teruk dialami ‘pemain ke 12’ selepas pasukan Kelantan mencatat rekod terburuk selepas melepaskan 140 gol dalam saingan utama musim ini yang tidak pernah direkodkan mana-mana pasukan sebelum ini.

Pasukan turut dipalit isu dalaman seperti tunggakan gaji, pengurusan dan kehilangan satu persatu pemain berbakat yang mula ‘angkat kaki’ di saat pasukan bergelut dengan tenaga pemain muda.

Terbaharu, nasib Ketua Jurulatih pasukan, Alfredo Vera juga tidak ketahui meletakkan Kelantan berada di situasi ‘perlu menang’ untuk mengembalikan sokongan peminat TRW yang gah dengan slogan ‘Gomo Kelate Gomo’ satu ketika dahulu.

sumber:- HM

Pada perlawanan terakhir Kelantan FC di stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, hanya mencatat kehadiran 250 penonton pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) pada 26 November lalu.